Bar Kuku O.P.I
Color culture OPI Nail Bar memanjangkan rangkaiannya di Tropicana City Mall yang berkeluasan 413 kaki persegi dengan tiga stesen pedicure dan empat stesen manicure. OPI menawarkan lebih dari 200 variasi warna kuku yang mempersona dan pasti membuatkan kamu rambang mata untuk memilihnya. Nah, selesai membeli-belah, serahkan sahaja tangan dan kakimu untuk dibelai dan dirias oleh pakar mereka yang pasti member ketenangan dan keseronokan buat kamu.
Source : EH!, 01 Jun 2009